Khamis, 24 Mac 2011

04 ~ WALID (Allahyarham Dato' Engku Embong Idrus Abdul Kader)

Arwah Walid

Walid dilahirkan pada hari Sabtu 11 Disember 1915 di Bukit Keledang, K.Trg. Mendapat pendidikan awal mengaji Quran dengan Che Joh,  bekas isteri Tok Gajah, (ayah pahlawan melayu terbilang Mat Kilau) yang ketika itu tinggal di Hulu Terengganu. Che Joh yang juga ibu tiri Mat Kilau berkahwin dengan ninda Walid (Engku Sar). Setelah tamat 2 juzuk al-Quran, Che Joh kembali ke RahmatuLLah (Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya) dan Walid menyambung pelajarannya dengan seorang guru di Kg. Banggol K.Trg. bernama Hj. Sulaiman hingga tamat.

PERSEKOLAHAN

Apabila  usianya meningkat 8 tahun (1923), beliau memasuki Sek. Melayu Bukit Jambol, Sekolah Melayu Paya Bunga dan selepas itu terus sambong pelajaran ke Sekolah 'Arab Al-'Atas Johor Baharu. Pada tahun 1935 mula berkhidmat sebagai Guru Ugama di Kuala Terengganu.


PERKAHWINAN

Meningkat usia 21 tahun, beliau berkahwin dengan sepupu Abah yg tinggal di Kg. Tok Ku, Engku Mariam (Ummi) dan berolih 3 anak lelaki dan 3 anak perempuan, termasuk Ma. Ummi kembali ke RahmatuLLah (semuga Allah cucuri rahmat keatas rohnya) pada 13 Sha'aban 1371, dan selepas itu bertemu jodoh pula dengan Tuan Sabariah  (1972) dan memperolihi 4 orang anak (1 lelaki 3 perempuan).

JAWATAN

Antara jawatanya ialah:
  • Pelatih Kadzi (1936)
  • Kadzi Besut (1938)
  • Kadzi Dungun (1942) - ketika Ma dilahirkan
  • Guru di Sek. 'Arab Khairiah (1944)
  • Pemereksan Hal Ehwal Ugama Terengganu (1946)
  • Nazir Sek. Ugama (1953)
  • Nazir Sek. Men. Ugama (1968)
Walid bersara pada 11 Disember 1970.

GELARAN DAN TOKOH

Pada 1982, Walid menerima Gelaran Dato' Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) selain sebelumnya menerima pingat-pingat PLB, PJK dan PJC.  Selain dari itu, Walid juga pernah menerima lantikan Tokoh Ma'al Hijrah 1418, Tokoh Guru 1992 dan Anugerah Jasa Pendidikan 2003.

AKHIR HAYAT

Di akhir hayat, Walid mengajar ugama dirumahnya untuk penduduk sekitar kampung pada waktu malam dan untuk keluarga (anak menantu dan cucu) tiap-tiap pagi Sabtu. Walid kembali ke rahmatuLLah pada 21 Febuari 2009 dirumahnya, di Simpang Tokku Terengganu.

INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJI'UN. Semuga Allah cucuri rahmat keatas rohnya - Al-Fatihah.

4 ulasan: