Selasa, 19 April 2011

05 ~ KI TUAN HITAM (Allahyarham Syed Saggaf)

Arwah Ki Tuan Hitam

Nama sebenar Ki Tuan Hitam ialah Syed Saggaf Bin Syed Ahmad Bin Syed Mohamad (Tok Ku Tuan Besar) Bin Syed Zainal Abidin (yang mula2 datang ke Negeri ini dari Hadzralmaut- Yaman). Syed Zainal Abidin telah mendirikan sebuah Surau di Kampung Tok Ku yg kini dijadikan Masjid (Masjid Tok Ku). Manakala Tok Ku Tuan Besar adalah ayah kepada Syed Abdul Rahman (Tok Ku Paloh - Ulamak terbilang).

Arwah yang dilahirkan pada tahun 1910 mempunyai  seramai 8 orang adik beradik,  seorang abangnya bernama Tuan Hitam meninggal dunia semasa kecil dan Ki telah diberikan nama yang sama (Tuan Hitam) sebagai gantinya.  Adik beradik yang lain ia lah: Syed Mustaffa (Tuan Muda), Syed Idrus (Tuan Chik), Syed Mohamad (Tuan Dalam), Syed Abdul Rahman (Tuan Sembok), Syed Husein (Tuan Baru), Syed Saggaf (Tuan Hitam) dan Syed Abu Bakar (Tuan Sidek).

Isteri pertama Ki adalah Sharifah Fatimah (Tuan Akmal), berolih seorang anak lelaki, (Syed Abdullah - Aboh) dan seorang anak perempuan (Tuan Rahimah - Che Yah), manakala isteri keduanya adalah Hajjah Maimunah, berolih seorang anak perempuan (Sharifah Faizah - Che Jah).

Sejak kecil Ki didapati sangat minat dan cenderong mempelajari  kitab-kitab secara tradisonal dibeberapa buah masjid dan berguru dengan beberapa orang guru ugama terkenal ketika itu, termasuk Hj. Mat Shafie (Pondok Kg. Losong) dan Tok Ku Tuan Sulong, Kg. Paloh. Ki sangat minat mendalami ilmu Fekah, Tauhid dan Tafsir, sehinggalah bolih menguasai Bahasa Arab (Menulis dan Membaca) dengan baiknya. Semasa remajanya Ki terus menimba segala ilmu pengetahuan ugama. Adik beradiknya yang lain banyak menumpu kepada perniagaan dan pertanian (Berkebun). Bondanya Allahyarham Nik Ngah (berasal dari Kg. Tok Kaya) pernah bercerita kepada Aboh bahawa Ki sangat minat belajar ugama ke merata cerok kampung dimana saja ada orang mengajar ugama.

Kerjaya

Ki mula mengajar  kitab-kitab ugama di rumah dan Masjid Tok Ku dan akhirnya dilantik sebagai Imam Masjid Tok Ku,  'Amil Zakat Fitrah, serta mengajar Al-Quran.  Ki menceritakan kepada abah, dengan sokongan dan pertolongan seorang kawan karibnya yang sangat berpengaroh ketika itu, Allahyarham Tuan Baru Kadir Kubang Buyong, Ki dilantik sebagai juru nikah bagi mukim Cabang Tiga Kuala Terengganu.

Selain daripada bertugas sebagai Guru Ugama, Amil dan Jurunikah, Ki juga berkebun, menanam pokok limau dan bunga melor dikeliling rumah yang menjadi sumber pendapatan yang baik ketika itu.  Untuk menambah pendapatan hidup, Tok Ma mengambil upah menjahit pakaian perempuan dirumah. Seingat abah pelanggan terlampau ramai datang kerumah mengupah Tok Ma menjahit (ketika itu belum ada kedai jahit melayu). Kalau hari raya, 3 bulan sebelum raya, Tok Ma tidak lagi menerima tempahan kerana terlampau banyak tempahan yang telah diterima.

Ki juga sangat minat memelihara Burong Merpati sehingga perpuluh2 ekor, disediakan sarang dikawasan rumah dan dilepaskan begita saja,  bila waktu malam burong2 itu pulang sendiri ke sarangya. Untuk menjauhkan daripada serangan musoh seperti ular dan biawak, dibahagian bawah tiang  rumah/sarang merpati itu diikat botol2 kosong kelilingnya.

Kenangan

Satu daripada nostalgia yg abah tak lupakan ialah tempat mandian Ki (semasa belum ada bekalan paip air dan letrik).  Setiap waktu subuh Ki mandi di sebuah kolah (Pelor) dan airnya dialirkan dari sebuah perigi melalui paip yang diperbuat daripada buluh (Buluh Minyak). Air dituangkan dari telaga yang jaraknya beberapa meter melalui  saluran buluh.  Air kolah tersebut sangat sejuk dan kalau kurang dibersihkan, cepat tumbuh lumut dan berkeliaran anak bebudu tumpang  di dalamnya.

Antara pengalaman ketika bersama Ki yang masih segar di ingatan abah, pada satu petang (mungkin masa itu abah berumor dalam lima atau enam tahun), Ki ajak abah ke bandar dengan basikalnya (naik berdua disebut gendong). Ketika itu abah memakai kepiah merah, berjambol serta berseluar melayu. Mengayoh basikal tuanya melalui Jalan Hiliran, Pulau Kambing yang ketika itu dikelilingi  pokok nipah dan Kedai Payang serta Tanjong (Tapak Astaka sekarang). Masa itu abah tengok orang ramai sangat menghormati Ki, semuanya memberi salam apabila melihat Ki. Abah juga terpegun apabila satu ketika seorang polis beruniform angkat tabik kepada Ki. Zaman tu tak ramai orang pakai serban macam Ki sebagaimana sekarang. Serban dan kupiah putih ketika itu pakaian hanya bagi gulongan alim ulamak sahaja. Seingat abah, ketika itu pergi ke bandar taklah beli apa-apa selain daripada pusing2 bandar dan balik. Itupun sudah cukup membuatkan abah rasa sangat gembira.

Ki menghantar abah ke sekolah Melayu Chabang Tiga (Sekarang S/Rendah Losong), juga dengan menaiki basikal tuanya itu. Guru Besarnya ketika itu bernama Che Gu Wan Endut, mukanya tak pernah senyum dan abah sangat takut kepadanya. Namun dia juga nampak sangat menghormati Ki, termasuk bersama Ki Penghulu Mukim Cabang Tiga bernama Che Mohd. Akil.

Teringat abah pada suatu hari, semasa Abah bersama Ki membersih kebun Limau Langkatnya, datang beberapa orang Askar Jepun berpakaian seragam dengan senapangnya dibahu. Abah lari dan Ki kelihatan takut. Rupanya2nya mereka datang nak beli limau dan mereka semua senyum tengok abah. Abah hampiri Ki semula dan rupa2nya semua askar itu baik2 baik belaka. Apabila askar itu pergi, kata Ki "Tak semua askar Jepun Jahat".

Keperibadian Ki

Antara peribadi Ki yang abah ingat, beliau tak pernah makan dikedai, selalu memberi amaran kepada abah supaya jangan berkawan dengan orang hisap rokok, apalagi menghisapnya, selalu tak benarkan bawa patung2 mainan dibawa balik kerumah, kalau dijumpainya selalu dipotong kepalanya, serta selalu menyumpit cicak2 yg berleliaran dalam rumah (ada sumpitan khasnya berpeluru tanah liat). Sewaktu TV mula2 ada di rumah Ki minat melihat Warta Berita dan Tinju, suka baca Akhbar Utusan Melayu (Jawi - Kini Utusan Malaysia) dan majalah2 Islam. Sifat pendiamnya menyebabkan kanak2 takut mendekatinya. Waktu abah mengaji Quaran denganya, abah selalu kena marah kerana sukar menyebut beberapa huruf dengan bertul.  Biasanya apabila Ki marah dia merotan dan dipaksa duduk diam hingga pengajian tamat (dipanggil 'Pajang'). Itulah yang menakutkan muridnya2. Waktu membangunkan abah yang liat bangun waktu subuh, pernah Ki simbah dengan air dari timbanya. Abah tidur dirumah kecil dibelakang rumah. Bila agak besar, bersekolah, abah mula banyak tidur di masjid bersama kawan-kawan sebaya. Tujuan tidur di masjib supaya pada waktu Suboh dapat tarahim dan Azan di menara Masjid Tok Ku (belum ada pembesar suara, menggunakan Teropong Besi). Pada ketika itu abah terpaksa naik mendaki tangga menara berpuluh tengkat dalam gelap malam untuk sampai ke puncak (Tak ada lampu).

Kini Ki telah pergi meninggalkan kita dengan penoh kenangan,  Marilah kita semua zuriatnya berdo'a semuga roh Allahyarham Ki dihimpunkan bersama roh para ambiak, walaupun hidup Ki tak sesenang adik beradiknya yang lain yang meninggalkan bayak harta pusaka, tapi Ki banyak meninggalkan segala ilmu yang bermanafa'at untuk kita semua. Ki adalah seorang yang sangat merendah diri, pendiam, dan tak suka berborak2 kosong, abah tak pernah dengan Ki ketawa terbahak2, kecuali senyum.  Suka juga bergurau. Antara gurauan Ki yg abah masih ingat dan geli hati hingga sekarang ialah, pada waktu petang, Ma selalu kehalaman rumah abah, datang Ki picit hidungnya dan berkata sesuatu, abah lupa tapi mungkin ma ingat. Masa itu ma masih kecil benar dan sangat manja serta pemalu. 

Ya Allah, Syukur kami padamu yang telah menganugrahkan kami keluarga yang sangat behagia dibawah pimpinanmu. Kepadamu kami bersyukur. Ki memejamkan matanya kembali kerahmatullah dengan penoh ketenangan dihadapan abah dan keluarganya pada 24 Oktuber 1993. Innalillahiwainnailaihiraji'un. 

AL-FATIHAH.

12 ulasan:

  1. AlhamduliLLah.. terima kasih atas catatan. banyok yang selama ni tak tau mengenai Ki.. Ingat lagi masa kecik2 dulu, tiap kali gi rumah Ki, Ki akan panggil eli duduk kat tempat2 kitab dia, lepas tu bagi duit satu ringgit. Ki memang dok pernoh cakap banyok, setau Eli Ki lagi banyok mengaji dari bercakap.. Semoga ALLAH cucuri rahmat ke atas roh arwah Ki, amiiinn..

    BalasPadam
  2. Ila rasa masa ila kecik.. ki tuan hitam ada lagi.. dia meninggal masa ila umur 6 tahun..kalau dok silap.. mase kecik2 papa rajin jugok gi umoh ki sambil bawok buah tangan.. rumah dia sebeloh rumoh cik yah tu..

    cuma.. ila dok tahu pun dia ada isteri 2.. hehehe seingat ila.. setiap kali gi sokmo nampok ki dgn nyang ma .... heheheheheh

    BalasPadam
  3. ler, ila dok tahu nyang ki tuan hitam ada 2 isteri . .
    just wondering which of his siblings will have the honour . . .

    tahniah, aboh. tulih ah sikit pasal ki tuan dalam dan tok tuan embat. semuga Allah mencucuri rahmatnya keatas roh mereka.

    BalasPadam
  4. hoping none of his kids will have that honor..hahahahha.....

    Aboh.. tulis lah pulok pasal Nyang Ma.. ( mok aboh)..

    BalasPadam
  5. salam....teringat sy zaman dulu2.....sy pernah belajar mengaji dgn Tuan Hitam ..sempat khatam 2x....masa tu tahun 1986....apa yg sy ingat lps mengaji saya kadang2 sy diminta utk tolong menghantar kan "surat" ke sebuah rumah kalau x silap dikawasan losong.......teringat zaman2 kecik dulu...kenangan terindah...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 beriman ...amin

    BalasPadam
  6. اللهم اغفر لنا ولوالدينا، وارحمهم كما ربونا صغاراً

    Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (adik beradik), dan (dosa) kedua ibubapa kami, dan rahmatilah keduanya sepertimana keduanya mendidik kami pada waktu kecil.

    BalasPadam
  7. Salam... Boleh ke anta nk tau sapa dia ENGKU EHRAN SYED A.RAHMAN B. SYED SAGGAF...adakah beliu ank kpda tokku paloh

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum....boleh sy tau siape pule name Tuan Taib bin Tuan Hitam dan adiknya pula Syed Alwi bin Tuan Hitam? hanye 2bradik..sebelum pasar chabang 3 didirikan dia tinggal di chabang 3,hiliran..kemudiannya berpindah dan mmbuka kg.Raja Chendering..dari pnceritaan 3orang cucu dr syed hiliran mule mmbuke kg.Raja Chendering...

    BalasPadam
  9. Sebuah keluarga yang sentiasa di berkahi Allah..semoga terus begitu sampai ke cucu, cicit, piut dan seterusnya...insyaAllah. Yang bernama Tuan Rahimah itu biasa bekerja di SMTB dan SSK Pusat Chabang Tiga?

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum saya nak tau tentang cucu atau cicit tok ku Paloh yang bernama Syed Hadi bin Syed Sagaf yang ada tanah di belukar bukit Kuala Nerang..dan ada adik beradiknya..ada tanah di pasir raja hulu Dungun

    BalasPadam
  11. Bukan Kuala Nerang .tapi Kuala berang

    BalasPadam