Jumaat, 10 Jun 2011

06 ~ TOK MA (Allahyarhamah Tuan Akmal)

Allahyarhamah Bonda abah, Tuan Akmal Bt. Tuan Long (Tok Ma), atau nama sebenarnya Sharifah Fatimah Bt. Syed Mohamad dilahirkan pada tahun 1922 di Kg. Paloh, Kuala Terengganu. Ayahandanya Syed Mohamad (Tuan Long) Adalah Cucu Kpd. Syed Abdul Rahman (Tok Ku Paloh), Ulamak terbilang, iaitu anak sulong kpd Syed Abdullah (Tuan Muda). Olih kerana anak sulong tapi namanya Tuan Muda, Allahyarham dipanggil dengan nama "Tuan Muda Tua". Semua adik beradik Syed Mohamad (Ayahanda Tok Ma) telah meninggal dunia, iaitu; Syed Omar (Tuan Sharfff), Tuan Seri, Tuan Gunong, Syed Abdul Rahman (Tuan Hadi),  Syed Ahmad (Tuan Habib) dan Syed Mustaffa (Tuan Basin). Semua arwah ini tinggal dan kembali ke Rahmatullah di Kg. Paloh, kecuali Syed Ahmad Tinggal dan meniggal dunia di Kg. Hiliran. (semuga Allah merahmati roh semuanya). Semua jenazah mereka dimaqamkan di Pusara Bukit Paloh dan hanya jenazah Syed Mohamad (Ayahanda Tok Ma) sahaja dimaqamkan dalam pagar bersama Atoknya Syed Abd Rahman (Tok Ku Paloh). 

Bonda Tok Ma (nenek Abah), Hajjah Endut Mariam Bt. Mohamad berasal dari Kampung Pulau Musang, beberapa kilometer dari Kampong Paloh. Ketika itu Kg. Pulau Musang terkenal mempunyai penduduk-penduduk terdiri daripa perawan dan anak-anak gadis  jelita dan berkulit putih, sesuai dengan perkampongan dirimbuni pokok-pokok duku, dengan lokasinya ditepi sungai. Tapak rumahnya hingga sekarang dipenohi pokok-pokok duku, milik abah bersama Che Yah (pusaka dari Tok Ma).

Adik Beradik Tok Ma

Tok Ma mempunyai tiga orang saudara lelaki dan dua saudara perempuan (berlainan Ibu) serta seorang sahaja adik perempuan seibu yang meninggal dunia semasa kecil (Allahyarhamah Tuan Maznah).  Abang/Kakak Tok Ma berlainan Ibu ialah: Syed Abdullah (Engku Sabit), Syed Abdul Rahman (Engku Zaimah), Syed Mohamad (Engku Nanas), Engku Maziah dan Engku Halias (Engku Dayang), hasil perkahwinan ayahanda  Tok Ma dengan Engku Poh. Seorang lagi mak tiri Tok Ma bernama Che Teh berasal dari Kg. Kota, Manir dan diakhir hayatnya tinggal dan meninggal dunia di Sungai Lembing, Pahang,  Perkahwinan Ayahanda Tok Ma dengan Che Teh ini tiada memperolehi zuriat.

Tok Ma Semasa Kecil dan Remaja

Semasa kecil dan Remaja, Tok Ma selalu berulang alik antara Kg. Pulau Musang (Kg. Kelahiran bondanya) dan Kg. Paloh (Kg Kelahiran Ayahandanya). Di Kg. Paloh, orang paling rapat denganya ialah bernama Che Yam, isteri kepada bapa saudaranya Syed Omar Tuan Shariff (berasal dari Pulau Musang). Manakala di Kg. Pulau Musang juga sangat rapat dengan seorang kawan yg juga bernama Che Yam (Hajjah Mariam, Isteri Hj.Wan Musa). Selain itu Tok Ma juga rapat dengan sepupu-sepupunya, Che Gayah (tinggal dan meninggal dunia di Padang Jambu, Dungun) dan Che Chik (tinggal dan meninggal dunia di Bukit Besi, Dungun) Di Kg Kelahiran ayahandanya (Kg.Paloh) Tok Ma belajar ugama dan mengaji AlQuran antara gurunya ialah Tuan Gunong yg terkenal dengan panggilan Tok Nyang (Mak Saudaranya) iaitu isteri kpd Tuan Sulong, (atok kpd Syed Hisham Pendakwah Bebas TV 9 yg juga anak sepupu aboh). Tuan Sulong juga guru pengajian ugama kepada Ki Tuan Hitam yg berulang alik ke Kg Paloh ketika itu. Mungkin disinilah pertemuaj jodoh Tok Ma dengan Ki Tuan Hitam.


Menempuh Alam Perkahwinan

Setelah Tok Ma meninggalkan zaman remajanya yg manis, beliau dikahwinkan dengan Ki Tuan Hitam (ketika umor 13th) pada tahun 1935. Tok Ma meninggalkan Kg Pulau Musang dan Paloh, menetap di Kg. Tok Ku ditemani bersama Che Yam, kawan karib dari Pulau Musang. Mengikut cerita mereka2 yg sezamannya, Ki Tuan Hitam semasa ini masih terus asyik belajar ugama di Kg Paloh, Kg. Losong (Pondok Mat Shafie) dan lain-lainya.

Kelahiran Abah

Setelah anak pertama lahir (Abah - 4 Disemer 1937), kedua pasangan bahagia ini mula mencari tambahan rezeki. Ki Tuan Hitam bercucuk tanam dikeliling rumah iaitu pokok limau langkat dan Bunga Melor yg ketika itu sangat baik pasarannya manakala Tok Ma membantu menambahkan pendapatan dengan mengambil upah menjahit pakaian wanita dirumah, selain daripada bertenun kain. Setelah usia Abah meningkat 14 tahun,  Tok Mak melahirkan seorang lagi anak Prempuan (Che Yah -1951). Setahun kemudianya (1961) dapat pula seorang anak (anak tiri daripada isteri kedua Ki Tuan Hitam, Hajjah Maimunah) iaitu Che Jah (Sharifah Faizah). Ketika inilah  abah merasa sangat gembira dan bersykur kerana memperolih dua orang adik setelah sekian lama mengingininya  (Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengurniakan dua saudara perempuan kepada kami. Semuga keduanya diberkati Allah, Sehat dan Murah Rezki).  

Untuk membesarkan kami semua, Tok Ma semakin gigih bekerja mengambil upah menjahit yg mendapat tempahan sangat menggalakan dari pelangan  persekitaran kampung Tok Ku dan lain-lain kampung.  Seingat abah sampai larut malam Tok Ma tekun menjahit, manakala sebelah siangnya Ki Tuan Hitam berkebun (Tanaman Limau dan Bunga Melor) untuk dijual di Pasar Cabang Tiga dan Pasar Tanjung (tapak Astaka sekarang).  Antaranya yang memasarkanya di pasar ialah Mak Teh, dikenali dengan gelaran Mak Teh Daun Pisang, kerana beliau juga membeli dan menjual Daun Pisang. (Ketika itu belum ada plastik seperti sekarang). Itulah kegigihan ayahbonda aboh mencari rezki membesarkan abah adikberadik, (Ya Allah, Maha Agong Engkau menabur rezki kpd keluarga kami,  Jadikan rezki yg halal itu diberkati dalam aliran darah daging kami semua didunia ini. Kumpulkanlah kedua roh orang tua yg membesarkan kami itu bersama2 roh orang-orang soleh. Berikanlah kekuatan kepada kami, zuriat kami untuk sentiasa mensyukuri nekmat engkau, sentiasa mengingati engkau  dan menyebut nama engkau -Zikrullah, dan jangan sekali lalaikan kami setelah terlampau banyak engkau berika nekmat kpd kami dan anakcucu kami).

Kehidupan Harian Tok Ma

Kehidupan keluarga Abah adalah sederhana ketika abah kecil, Tok Ma juga tiada semewah anak cucu cicitnya sekarang. Masa sekolah rendah dan sekolah arab/ugama, abah kadang-kadang hanya mempunyai sepasang sahaja pakaian seragam sekolah, itupun Tok Ma jahit sendiri. Masa sekolah Arab Zainal Abidin, abah pernah ditampar olih Guru Besar kerana tiada pakaian seragam (Putih) disebabkan tak kering dijemor. Kasut kain juga hanya sepasang, kadang2 carik. Tok Ma selalu pujok Abah supaya sabar. Abah masih ingat kalau sembelih ayam sekali sekala (Ayam kampung), Tok Ma hanya bekalkan hanya satu tongkol untuk abah dan satu tongkol untuknya. Tok Ma selalu tambah ayamnya kalau dia lihat abah tak cukup. Abah gembira ketika itu. Ketika menulis blog ini, baru abah teringat betapa besarnya kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. (Ya Allah, berikanlah ganjaran pahla kepada ibu tersayang, janganlah biarkanya keseorang di alam barzah. Temanilah rohnya dengan pahala bacaan Quranya setiap malam menjelang saat akhir dalam hidupnya. Sampaikanlah pahala ibadat kami anak-anaknya kepada mereka berdua - Ibu dan Ayah.- Amin).

Kenangan Mengusik Jiwa

Pada akhir tahun 50an, penduduk Kg Tok Ku selalu mengadakan pertunjukan pentas dengan hiburan nyanyian pemuda-pemuda kampung bertempat di Tanah Lapang (Padang Bola) tapak Sek. Rendah Sri Nilam sekarang. Abah dipilih mempesembahkan sebuah lagu bersama seorang gadis bernama Azizah dari Kg. Hiliran. Lagunya ialah "Oh Bulan". Setelah hampir persembahan Tok Ma datang merayu dengan berlinangan air mata supaya abah batalkan sahaja persembahan itu kerana takut Ki Tuan Hitam marah, (Biasanya kalau abah buat salah, Ki akan marah kpd Tok Ma, memang budaya hidup keluarga abah begitu,)  

Olih kerana pertunjukan hampir tiba giliran abah, Abah dan Che Gu Manan Pengurus Pertunjukan merayu dan memujuk agar persembahan tidak batalkan. Abah terpaksa bersetuju kerana latihan telah di buat ber-minggu-minggu.  Akhirnya Tok Ma terima dengan syarat abah tidak lagi menyanyi diatas pentas selepas malam itu.  Inilah kenangan yg terus mengusik jiwa abah hingga sekarang kerana ketika itu abah memang menyanyi, tapi kerana menghormati Ibu Tersayang, abah kurbankan minat tersebut hingga sekarang.

Untuk menghilangkan penat dirumah, Tok Ma selalu juga mengajak Abah menuntun Wayang Pacak di- Panggung Kg. To Ku (depan Res. Singgang sekarang) dan Panggung Capitol K.Trg. (tapak Pusat Belibelah sekarang). Tok Ma juga sering mengajak abah bermain air di Pulau Kambing. Ketika air pasang, jalan Pulau Kambing ketika itu adalah menjadi tempat pesta/temasya apabila dikunjugi ramai penduduk persekitaran mengaharung air pasang separoh pinggang disitu dengan berpakaian warna-warni. Air sungai melimpah ke jalan raya apabila tiba musim air pasang. Kini telah tiada ditambun tinggi dan kenangan indah itu telah hilang selamanya.  

Diawal tahun lima puluhan Bonda Tok Ma (Hajjah Endut Mariam) mula mengembara ke Negeri Johor, termasuk Batu Pahat, Muar, Mersing dan Johor Baru berniaga barang-barang Tembaga, Songket dan pelbagai barangan Terengganu.  Masa cuti sekolah abah pernah bersama. Ketika ini kehidupan Tok Ma agak bertambah baik, Ki Tuan Hitam pula dilantik sebagai Juru Nikah dan Imam Masjid Tok Ku selain mengajar Ugama.  Walaupun tiada mendapat gaji/elaun tetap, tapi sistem Tanah Wakaf ketika itu diberi hasilnya (Kelapa dan Padi) kepada Imam dan Bilal sebelum ditadbirkan olih Pejabat Ugama seperti sekarang. Setelah melahirkan anak yang kedua (Che Yah), kehidupan Tok Ma semakin bertambah baik. Allah terus memberi rezeki kpd keluarga abah. Rumah juga telah dibuat yang baharu sebelum Che Yah dilahirkan. Masih ingat juga lagi, Tok Ma selalu mengajak abah berkelah di Pantai Cendering, Kuala Ibai dan Pantai Batu Burok. Pernah juga berkhemah dan tidur di Pantai Kuala Ibai.

Baik Hati, Ikhlas dan Penyabar

Apabila abah temubual dengan beberapa orang kawan sezamanya,  mereka sekata menggambarkan watak Tok Ma adalah seorang yang sangat ikhlas, Baik hati dan peramah, Sewaktu remajanya sangat cantik dan putih melepak dan sangat menghormati orang tua.  Seingat abah, Tok Ma juga sangat menghormati tetamu termasuk kawan-kawan abah yang datang berkunjung kerumah abah juga kawan-kawan Che Yah. Tok Ma tidak pernah mengangkat suara suara sebagaimana juga bondanya Hajja Endur Mariam (Abah panggil Nek).

Geli Hati

Ada satu perkara yg sangat menggelikan hati abah (mungkin orang lain juga) iaitu sewaktu kecil hinggalah masuk sekolah, Abah panggil Tok Ma ia lah "Dap".  Bila Che Yah dilahirkan, Che Yah memanggil Tok Ma "Che", kemudian barulah abah malu dan panggil "Che". Itupun peringkat awalnya sangat susah abah nak ubah perkataan "Dap" yang sudah berakar umbi dibibir. Panggilan "Dap" itu asalnya dari perkataan "Sedap", yang dimaksudkan adalah susu Ibu. (Ya Allah, Maha kaya engkau menemukan daku seorang ibu yang sangat pengasih, dan kemudian menjempunya kembali kerahmat engkau memisahkan kami. Ketemukanlah kembali kelak di alam barzah dan hari akhirat dishurgamu.  Kami. semua sangat merinduinya. Rahmatilah keatas rohnya -Amin).

Kenangan Manis   

Satu kenangan manis yang tidak dapat abah lupakan sepanjang hidup ialah semasa Tok Ma menjodohkan abah dengan Ma, dia sangat memuji  Ma dan pernah berkata abah akan bahagia dengan Ma dikemudian nanti (waktu itu Ma juga hidup dalam kesempitan).  Alhamdulillah, kata-katanya yang berupa Doa Ibu sangat diberkati Allah, Abah bersyukur kpd Allah, hidup abah/ma sangat bahagia, sehat dan diberi rezki yang mencukupi. Anak-anak, cucu dan cicit juga sejahtera dan sehat. (Ya Allah, jadikanlah kami semua, anak cucu dan zuriat daripada gulungan orang2 yg tidak lalai dan sentiasa mensyukuri nekmatmu yg tidak terhitung).

Saat Perpisahan  

Abah dan seluruh keluarga abah merasa sungguh sedih disamping redza dengan kehendak Allah apabila Tok Ma menghembus nafas terakhirnya pada 16hb Mei 1999 (Ahad) dalam usianya 77th.  Innalillahiwainna-Ilaihirajiun.  Padamlah sudah permata hati Abah dan adik-adik abah. Doakanlah semoga rohnya dirahmati Allah.. Al-Fatihah.

5 ulasan:

  1. Patotla bila gi rumah tokma masa kecik2, sokmo ada bunga melor.. Memang sepanjang eli kenal arwah tokma, tokma memang sangat2 baik dan leman lembut orangnya..

    Antara kenangan eli dgn TokMa, kalu gi rumoh tokma, sokmo tokma wak tubik air serbak dari dlm peti sejuk.. memang sedap sangat2 air serbak tokma buat..

    BalasPadam
  2. Nasib baik tokma larang aboh nyanyi mlm tu, kalu tidok, jadi anok artis lah eli lening..

    BalasPadam
  3. aboh dok cerita pasal yie yg tinggal dgn tok ma/ki sementara yg lain tinggal di gong kapas.

    tok ma selalu hidang biskut keras cicah dgn sirap sejuk.

    k

    BalasPadam
  4. T pun duduk ngan nek nyang dan tok ma masa G dilahirkan hingga T masuk sekolah menengah baru duk ngan aboh semula

    BalasPadam