Jumaat, 10 Jun 2011

UJIAN ALLAH KPD ABAH.

"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya nescaya dia akan mengujinya dengan kesusahan". (Hadith Bukhari).

Pada 24hb Mei 2011 bilik pejabat abah (di 509) dimasuki pencuri kira-kira jam 5.00 pagi setelah pintunya dibuka dari luar. Abah kehilangan sebuah Laptop pemberian Har beberapa bulan lalu, jam tangan pemberian Salmah kira-kira 10 tahun yg lalu serta beg duit  pemberian Gie kira-kira 5 tahun lalu yg abah letak dalam saku seluar dan sangkut dipejabat. Hilang bersamanya Kad Pengenalan, lesen mandu serta RM200.00 wang tunai dikebas. Abah telah buat report Polis dan buat penukaran baru semuanya.

Alhamdulillah, abah nak sampaikan ucapan terima kasih kerana simpati anak-anak. Semuanya abah dapat gantian, Laptop yg lebih canggih abah dapat hadiah daripada Yie melalui Har yang kebetulan berada di Qatar masa kejadian, jam tangan dihadiahkan olih Har dan dompet disumbangkan olih Adie & Dora. Syukran untuk semua. K juga telah menggantikan RM200 wang abah yang secara kebetulan singgah satu malam dirumah dalam perjalanan hantar Salman ke Tahfiz Besut. Itulah hikmat Allah untuk menukar barang2 terbaru semuanya.

Kepada anak-anak lain yg menghantar mesej simpati dan kata-kata semangat, abah ucapkan terima kasih. Semuga diberkati Allah jua. Kepada Har dan Salmah di Tanah Suci sekarang abah doakan semuga selamat sejahtera mengerjakan Umrah serta dapat kembali nanti dengan selamat.

Terima kasih.. Kepada pencuri berkenaan abah doakan semuga Allah memberi pertunjuk kepadanya agar tidak melakukan lagi kerja-kerja terkutuk itu. Terima kasih semua yang simpati. Semuga Allah berkati semuanya.

4 ulasan:

  1. Tapi orang curi baik hati gok sebenornye, sbb dok tamok, curi barang dlm ofis aboh je.. padehal barang dalam rumoh tu banyok lagi..

    BalasPadam
  2. Bilik Pejabat ke ruang dalam rumah dikunci dari dalam rumah.

    BalasPadam
  3. rasanya macam singgoh 2 mlm.

    k

    BalasPadam
  4. nanti kalau aboh tulis pasal kegiatan politik dan sosial nanti, dok payohla tunggu habis baru pos kat sini. pos sikit2 pun dak pe. lenguh doh tunggu ning.

    k

    BalasPadam