Rabu, 23 Mac 2011

01 ~ KELAHIRAN

ABAH

Abah dilahirkan dirumah Kg Masjid Tok Ku (rumah lama yg telah dirobohkan) pada 2 Disember 1937, dan nama sebenar tercatat dlm surat beranak asal ialah: Syed Ubaidillah bin Syed Saggaf. entah bagaimana tercatat dlm K/Pengenalan ialah lahir pada 9 Sep. 1938 dengan nama Syed Abdullah bin Hitam (nama sebenar Tuan Hitam ialah Syed Saggaf) keturunan asal daripada Siti Fatimah anakakanda Rasulullah saw dan isteri kepada Saidina Ali, Karramallahuwahjah.

Nenekmoyang Abah (kita semua) berasal dari Hadzralmaut (Yaman) datang ke Terengganu membuka kampung Tok Ku serta mendirikan sebuah surau yang sekarang menjadi Masjid (Masjid Tok Ku). Ki Tuan Hitam mengajar disitu hampir 50 tahun disamping menjadi juru nikah dan Imam dimana Abah sempat belajar kitab dan Quran dengannya (Muga2 Allah rahmati keatas roh Almarhum). Mengikut keterangan bonda Abah, Tok Ma (Sharifah Fatimah), Abah dilahirkan semasa azan subuh malam jumaat akhir Ramadhan. (Semuga Allah rahmati roh Almarhumah). Abah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Cabang Tiga, Sek. Keb. Paya Bunga serta Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin.

Al-Fatihah buat kedua ibubapa Abah.

MA

Ma dilahirkan di Bandar Dungun pada 12 April 1945, ketika itu ayahandanya Engku Embong Idrus (Dato') menjadi Kadhi di daerah tersebut. Selepas berumur 6 bulan, kakak kepada Walid iaitu Tokku Embat (Sharifah Khadijah) mengambil Ma sebagai anak angkat kerana beliau ditakdirkan Allah tiada mendapat anak. Suaminya Tok Ki Tuan Dalam (juga tiada anak walaupun pernah beristeri dengan beberapa orang lain) yg juga bapa saudara Abah menjadi ayah angkat Ma. Mengikut cerita Walid, Ummi Ma (Sharifah Mariam, juga sepupu Abah) menagis beberapa malam sayangkan Ma yang terpaksa berpisah dengannya. Tapi sebagai seorang isteri solehah yang sangat taat kpd suaminya, Ummi Ma terpaksa menahan penderitaan batinya itu menyerahkan Ma kepada kakak iparnya itu.

Ma bersekolah di Sek. Melayu Cabang Tiga dan Sekolah Ugama Khairiah Hiliran dan sambung di Sek. Tengku Ampuan Mariam K.Trg. Belajar Quran di Kampung Tok Ku. Walid menceritakan kpd Abah, semasa kecil Ma dibawa balik dari Dungun ke Kuala Terengganu melalui jalan laut (perahu) kerana Askar Jepun sangat mengganas ketika itu.

Al-Fatihah buat kedua ibubapa Ma.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan