Rabu, 23 Mac 2011

03 ~ ANAK-ANAK (PENGENALAN)


Dicatatkan secara rengkas kelahiran anak-anak:

1. AZHARI
Dilahirkan jam 12 tengahari pada 28 Jun 1962 di rumah Simpang Tok Ku, bersekolah di Sek Rendah Tengku Bariah, Sek. Men. Sains Sultan Mahmud Gong Badak dan ITM Shah Alam. bertemu jodoh dengan Sharifah Salmah Syed Alwi (1988) ketika berumor 26 tahun, semasa kecilnya bersifat lemahlembut, dan ada ketikanya agak keras dan panas baran. Hobinya suka mainan yang agak mencabar sesuai dengan kini minat kpd motosikal berkuasa besar dan mengembara.

2. NONI
Seorang anak yg kuat berusaha, kuat membaca, sensetif dan sangat manja dengan Abah. Bila malam selalu berkata "malam ni nak berpelok dengan Abah". Dengan Ma pula suka merajuk. Salah satu sifat yg amat baik ialah bertanggong jawab dengan tugasnya. sifat itu ada hingga hari ini. Noni dilahirkan pada Selasa 14 Mac 1964, bersekolah di Sek. Rendah Chong Hwa We Sing dan Maktab Perguruan Mentakab, Pahang. bertemu jodoh dengan Alias Yusoff (27 Oktuber 1990) ketika umur 26 tahun.

3. SALWATI
Dilahirkan pada 3 Nombember 1965, bersekolah di Sek. Pusat Cabang Tiga, Chong Hwa We Sing dan SM Sultan Sulaiman serta Maktab Perguruan Pasir Panjang. ketika berumor 27 tahun berkahwin dengan Syed Ahmad Syukri Tuan Maimun. Masa anak-anak sifatnya seorang yang sangat periang, sentiasa ceria dan suka bercerita, khususnya dengan adiknya Gie.

4. RUZIANA
Lahir pada pagi Isnin 25 April 1967, bersekolah di Sek. Keb. Gong Kapas dan SM. Sultan Sulaiman. Berkahwin dengan Syed Mohsein Tuan Taufik ketika berumor 20 tahun. Masa kecilnya sangat manja dan suka bermekap, berpakaian baru dan cantik-cantik suka kpd kemewahan.Ramai peminat. Tarikh kahwin 7 Ogos 1987.

5. NASRI
Lahir jam 10 malam hari Ahad 6 Mei 1973 dan bersekolah di Sek. Keb. Gong Kapas, SM Sultan Sulaiman, MRSM Kuantan dan Batu Rakit. Ketika berumor 27th bertemu jodoh dengan Engku Nor Nadrah @ Sharifah Nor Nadrah Engku Amri, anak sepupu Abah. Semasa kecil agak nakal dan aktif, walaubagaimanapun beliau mempunyai sifat sangat menjaga displin diri, bersih dan sentiasa menjaga pakaian agar sentiasa smart hingga kini.

6. ZAKIR
Lahir jam 10 malam hari Selasa 26 Mac 1974, Sekolah Pusat Bt. Besar, Sek. Men Zainal Abidin, Kuala Terengganu. (beberapa minggu belajar ugama di Tahfiz Kubang Bujok), dan menyambong pelajaran di UK & Brisben, Australia. Di UK bertemu jodoh dengan pelajar disana Asma Ahmad berasal dari Macang Kelantan. Watak masa kecilnya sangat berbeza dengan abang/kakaknya, kerana beliau kurang mengambilberat tentang pakaian, pakai apa yang ada, lemah lembut, ikut kata, mengalah dengan abang2 dan kakak, minat kpd ugama, semuanya ini sifat2 yang dimiliki hingga hari ini.

7. FADZLI
Lahir jam 7 pagi Selasa 21 November 1978, bersekolah di Sek. Keb. Gong Kapas, SM Sheikh Abdul Malek, UIA, dan di Cardiff, UK. Semasa bertugas di KTB Setiu bertemu jodoh dengan kawan setugasnya Nor Haini Hussin dan berkahwin pada 2 Disember 2005 ketika umornya 28 tahun. Semasa kecil sifatnya agak penakut, mudah menangis (emosi), kepalanya gondol kerana lambat tumbuh rambut. Abah pernah bawanya melawat ke Indonesia. Minat kepada ugama dan lama bercita2 untuk belajar diluar negara, tapi Ma pesan kena kawin dulu. Hasratnya tercapai selepas kahwin. Allah maha pengasih memperkenankan doa seorang ibu. Setelah besar dan matang, sipat penakutnya masa kecil sudah tak ada lagi. Alhamdulillah, beliau kini mempunyai banyak idea, minat menguruskan keluarga, mengadakan majlis-majlis muhibbah sesama keluarga, termasuk meminta Abah menulis Blog ini, walaupun Abah sedar Abah sudah tidak mampu lagi menulis kerana gunakan ejaan, ayat lama yang tak sesuai lagi. (Harap dimaafkan). Terima kasih Ely yang memberi semangat, dan terima kasih kpd Har yang memberi sumbangan Komputer ini.

8. DURRAH
Dilahirkan pada hari Sabtu (Malam) 8 Ogos 1981 (8.8.81). Belajar di SR Gong Kapas, SM Sultan Sulaiman, MRYT Besut, Matrikulasi K.Trg. dan USM Perak. Sebagai anak bongsu, beliau agak manja dari kecil hinggalah sekarang. Ketika umornya 27th bertemu jodoh dengan Nik Abdul Aziz Yusof (Hadi) dan berkahwin pada 8 Febuari 2008. sejak dilahirkan beliau berkulit agak cerah dari yang lain. agak lambat dapat bercakap dibandingkan dengan abang/kakaknya yg lain, menyebabkabkan Abah/ma merasa sangat risau. Alhamdulillah, Tuhan maha besar, selepas umornya 3 tahun, beliau terus aktif bercakap sebagaimana orang lain. Masa alam persekolahan beliau didapati seorang yang sangat rajin berusaha dan bertanggungjawab dengan tugasnya. Sebagai anak perempuan bongsu, dia berjaya ke Menara Gading dan tercapai cita-citanya.

Ada ketinggalan mencatitkan sempena nama anak2 Abah sebagaimana dibawah ini:

AZHARI: Sempena nama seorang pahlawan Brunei ketika itu, yg menentang pemerintahan beraja, tapi tewas. Tapi namanya ketika itu menjadi terkenal dan dikagumi. Semuga Har tidak menjadi seorang pemberontak. InsyaAllah.

NORANI: Nama yg sangat indah. Bermakna cahaya mata. Nama yang amat sesuai memandangkan ketika itu Abah mempunyai sepasang cahaya mata.

FATIMAH SALWATI: Sempena nama Ummi Abah, Sharifah Fatimah. Dan Salwati bermaksud keindahanku.

RUZIANA: Nama yang difikirkan sangat manis ketika itu. (belum ada orang lain menamakanya)

NASRI: Abah mintak dari Amin Chin (Engku Mohsein) selepas dia menang Pilihan Raya (Abah wakil calonnya) dan dilantik sebagai Tim. Menteri (Menteri Muda). Nasri beerti Kejayaan, Kemenanngan.

ZAKIR: Sempena nama President India (Zakir Husein). Satu-satunya pemimpin India beragama Islam dan perjuanganya memertabatkan Umat Islam ditengah2 pemimpin beragama Hindu. Termasuk PM nya.

FADZLI: Sempena nama seorang artis Indonesia yang sangat diminati olih Ma ketika itu. Allah maha besar menentukan segala2nya kerana artis tersebut telah mengambil P.hd. (Dr. Fadzli), satu2 nya artis yg dapat ijazah tersebut di Indonesia pada waktu itu. Dan nampaknya Ely juga menuju kearah itu. InsyaAllah.

DURRAH THAMINAH:  Ertinya Mutiara 8, sempena anak yang ke Lapan dan tarikh lahir banyak angka 8 (8.8.81). Nama ini diberikah oleh Walid (Engku Embong).

"Ya Allah jauhkanlah dari keluarga kami merasa riak dan megahati bila berjaya dalam hidupnya, jadikanlah kami semua daripada gulongan orang2 yg bersyukur atas nekmat engkau."

7 ulasan:

  1. Sungguh beruntung dilahirkan di bawah didikan aboh. Tak sabar menunggu catatan aboh mengenai cucu2 pulok...

    K

    BalasPadam
  2. Tahniah aboh atas kejayaan mendidik kami, jua atas kejayaan menerbitkan catatan berharga di blog ini. Semuga catatan seterusnya akan terus bersambung.

    BalasPadam
  3. Pahlawan yg menentang raja? Patot pung... Hahhahaa..
    Memang menarik :) harap aboh dapat teruskan dgn catatac-catatan yang lain..

    BalasPadam
  4. terima kasih. atas ulasan kalian.

    BalasPadam
  5. asssalamualaikum.. menarik2..
    nampaknya kaklong dan adik2 mewarisi sifat abi yang minat kepada ugama..hehehe..
    kalau abi.. dia namakan anak die sempena nama sahabat/ulama'..

    BalasPadam
  6. Semoga papa (Engku Azhari) tidak menjadi pemberontak. Haha

    BalasPadam