Rabu, 23 Mac 2011

02 ~ CINTA


PERKENALAN

Di zaman tersebut (tahun lima puluhan) pergaulan lelaki dan prempuan sangat terbatas, sama ada disekolah apa lagi dikampung. Abah dan Ma sebenarnya tinggal tak berjauhan dan berulang-alik ke sekolah/masjid/pekan dan lain2 menggunakan jalan yang sama tapi tak pernah bertegor sapa. Itulah indahnya hidup dizaman yang penoh dengan sopan santun, terjauh daripada gangguan syaitan seperti hari ini. Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah.

Abah sering terlihat Ma menaiki Beca kesekolah (dipanggil teksi) dan antara pemandunya yg masih hidup hari ini bernama Pak Him (Ibrahim Che Sepiah). Kadang2 Ma naik basikal. Abah dapat melihatnya dari jauh. Ma tak pernah berpaling melihat sekeliling, jauh sekali nak senyum kecuali dengan sesama prempuan sahaja. itulah peribadi Ma yg sangat agong ketika memenjat manis 17.


PERTUNANGAN



Ketika Abah memanjat umur dua puluhan, Abah mula kerja2 sambilan disebuah percitakan swasta (Mansor Press) satu-satunya percitakan melayu di Kuala Terengganu, (kini dah tak ada) dan Abah banyak menghabiskan masa di Bandar Kuala Terennagnu, berkawan dengan segala gulongan masyarakat dan selalu solat berjumaah di Masjid Abidin sekarang. Tok Ma mula risau kerana Abah sudah jarang dirumah. Pada suatu malam, Tok Ma datang berbencang dengan Abah (katanya persetujaun dari Ki Tuan Hitam) menyatakan mereka sangat berkenan dengan seorang anak sepupu Abah, dia tu sangat baik, bersopan santun, berbudi-bahasa, pandai mengambil hati orang tua2.

Masih Abah ingat dia mengesat air matanya sebagai persediaan kalau2 Abah menolak. Besar sungguh harapan atok Ma masa itu. Bila Abah tanya siapa dia? Satu perkataan spotan yang cukup indah terjun dari bibirnya... "Paaah"... katanya. Abah tak menjawab apa-apa. Namun hanya Allah yang tahu betapa gembiranya perasaan abah di dalam hati..

Teringat Abah kebesaran Allah memberikan Abah seorang isteri yang begitu kasihkan anaknya serta merancanakan kehidupan masa depan anaknya agar bahagia. Rahmat Allah mengurniakan teman hidup yg dapat membahagiakan Abah dunia akhirat. Teringat keberkatan hasrat ibu dan ayah dimana Syurga itu terletak ditapak kaki ibu, Abah terima dengan baiknya.


PERKAHWINAN


Setelah bertunang beberapa tahun, Abah diakad nikahkan dengan Ma pada malam 26 Mac 1961 dirumah Walid (rumah yang ada sekarang) dengan diakad nikahkan olih Walid sendiri (wali) dan dihadiri olih beberapa keluarga terdekat sahaja (lepas solat magrib). Dan pada tarikh yang sama majlis yang dihadiri tetamu (lepas solat Isyak) akad yang kedua dilakukan oleh jurunikah bertauliah, ia itu Ki Tuan Hitam sendiri.

Jamuan dan Majlis Bersanding diadakan pada 28 Mac 1961. Sebelumnya dirumah Ma diadakan majlis Bacaan Al-Quran olih Johan Musabaqah Kebangsaan pertama ketika itu Hajjah Rugayah Sulong (Dato'). Dengan kebesaran Allah swt. yg menurunkan rahmat dan kasih sayangnya hiduplah Abah/Ma secara sederhana.

Bila Kementerian Pembangunan Luar Bandar melancarkan Rancangan Pelajaran Dewasa (kini KEMAS), Abah pohon jawatan guru (akhir 1961) dan bertugas dibeberapa Kampung sehingga 30 tahun dalam beberpa kenaikan pangkat, dari Guru kepada Penyelia Kawasan, Penyelia Kanan, Penyelia Ibu Pejabat dan Ketua Penyelia Kanan Negeri dan selepas itu dilantik Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negari (SPN), inilah keagungan Allah memberi rezeki kepada Abah untuk membesarkan 8 orang anak kandung dan beberapa orang anak angkat (Yatim).

Abah bersyukur kpd Allah yg telah melanjutkan umur Abah dan Ma untuk melihat kejayaan anak-anak dan cucu.

"Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami semua untuk menjalani hidup dengan mendapat keredhaanmu jua.."

Sukukur kepada Allah, segala puji baginya, hingga kini Abah dan Ma dilanjutkan usia dan selamat melayari bahtera hidup selama 50 tahun, Anak-anak juga dikurniakan rezki dan kehidupan yang bahagia, sehat sejahtera. Pesan Abah/ma kepada kalian semua, bersyukurkan segala nekmat Allah, kerana Allah berjanji akan menambahkan rezki kpd hambanya yang bersyukur. Ingatlah selalu kepada Allah, Banyakkan berzikir kepadanya. Do'a Abah dan Ma kepada diri dan keluarga untuk dimasuk semuanya ke Syurga nanti.

Sabda Nabi saw. yang diriwayatkan olih At-Thabrani: "Ahli syurga itu tidaklah bersedih hati, kecuali atas waktu sesaat yang mereka lalui tidak berzikir kepada Allah s.w.t."

Dalam sebuah hadith kursi Allah berfirman: "Wahai anak cucu Adam, sesungguhnya apabila engkau mengingatiku, itu berarti engkau bersyukur kepadaku, dan apabila engkau melupakanku itu sama saja engkau mengkufuriku."
 

2 ulasan:

  1. Kisah cinta yg cukup indah.. Molek jugok kalau buat catatan mengenai Ki Tuan Hitam dan Tok Ma pulok lepas ni.. Ramai cucu-cucu aboh yang tak sempat kenal nenek moyang diorg..

    BalasPadam
  2. Insyaallah akan cuba usahakan.

    BalasPadam