Jumaat, 7 Oktober 2011

08 ~ Engku Pengiran Anum

Keratan akhbar Sinar Harian 7 Oktober 2011


Sedikit catatan mengenai Engku Abdul Kadir, Ayahanda Walid, dipaparkan dalam singkapan 'Suatu Ketika Dulu' akhbar Sinar Harian (Jumaat, 07 Oktober 2011, mukasurat T16).
"Sinar Harian difahamkan dalam lingkungan 1937, Batu Rakit telah ditadbir seorang pegawai daerah yang dikenal sebagai Yang Mulia Syed Abdul Kadir Abdullah Al-Aidrus dan bergelar Yang Mulia Engku Pengiran Anum manakala dalam kalangan penduduk Batu Rakit beliau lebih dikenal sebagai Engku Kadir.
Semasa pemerintahannya, beliau begitu menitikberatkan soal kemajuan ekonomi dan pendidikan penduduk setempat dan hasil usaha beliau juga terbinanya Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Rakit pada 1937 hingga kini."
-Sinar Harian-


Engku Abdul Kadir adalah anak kepada Syed Abdullah Al-Idrus atau lebih dikenali Engku Sar. Menurut arwah Walid, panggilan 'Sar' itu asalnya dari perkataan 'Sir' yang digunakan oleh orang inggeris pada ketika itu  yang membawa maksud 'Tuan' dalam bahasa Melayu. Walaupon beliau tidak mendapat pendidikan tinggi, namun beliau dikatekan seorang yang pintar dan banyak memahami sejarah hingga menjadi bahan rujukan pengkaji sejarah. Beliau juga dikatakan rapat dengan Sultan Terengganu dan banyak membantu baginda Sultan dalam kerja-kerja pentadbiran. Menurut ceritanya, beliau juga diberikan kepercayaan oleh baginda Sultan Ahmad, Sultan Terengganu ketika itu, untuk merekabentuk dan membina Masjid Raja Bukit Besar (kini telah dirobohkan dan dibina yang baru).

Engku Kadir  juga telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam pengiktirafan Islam di Tanah Melayu melalui penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang. Pada tahun 1902, Engku Kadir bersama sahabatnya, Syed Hussain Bin Ghulam Al-Bukhari, seorang pelombong emas berbangsa Arab yang tinggal di Riau, telah ke Kuala Berang untuk mencari emas. Ketika mereka singgah di sebuah surau berdekatan sungai Teresat, mereka telah ternampak Batu Bersurat yang digunakan sebagai pengalas basuh kaki oleh penduduk kampung. Kerana yakin tulisan jawi yang terukir di batu tersebut merupakan suatu yang istimewa, maka mereka membawa pulang batu itu dan mempersembahkannya kepada Sultan Zainal Abidin, Sultan Terengganu ketika itu. Dengan bantuan seorang pengkaji Inggeris, tulisan jawi itu telah diterjemahkan oleh pakar bahasa di Singapura dan London.

Tulisan tersebut telah disahkan sebagai tulisan Arab-Melayu dipercayai ditulis pada 22 Februari 1303. Antara yang tertera adalah 10 undang-undang Islam serta hukuman-hukumannya. Dengan terjumpanya Batu Bersurat, terbukti bahawa Islam telah sampai di Terengganu sebelum abad ke-14. Ianya juga telah membuktikan bahawa kerajaan Terengganu telah wujud lama sebelum kewujudan Melaka. Dan walaupon setelah kewujudan Melaka, Terengganu masih kekal sebagai sebuah bandar perlabuhan penting di rantau Asia Tenggara.

Semoga ALLAH merahmati roh ALLAHyarham Engku Kadir, dan menggolongkan beliau dikalangan hamba-hambaNya yang beriman..

-AbuAli-

10 ulasan:

  1. Ketokohan Engku Kadir patut dijadikan idola ikutan cucu-cicit beliau. Semoga ALLAH merahmati roh beliau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SALAM,SAYA INGIN MENGETAHUI SAMADA NENEKNDA SAYA BERNAMA DAYANGKU RAJEMAH BINTI PENGIRAN ANUM DARI ASAL BRUNEI DAN ADAKAH PERSAMAAN NAMA ATAU PERTALIAN ATAU SEBALIKNYA?SAYA BAGI PIHAK KELUARGA ADA MENYIMPAN SALASILAH BERKAITAN PENGIRAN ANUM DARI BRUNEI DARUSSSALAM.SEKARANG KAMI SUDAH MENETAP DI SARAWAK.MINTA ULASAN KERANA TIADA SUMBER MNYATAKAN TENTANG MOYANG SAYA BERNAMA PENGIRAN ANUM MAKSUDNYA CERITA ASAL USUL.CUMA DALAM SALASILAH DARI BRUNEI MENYATAKAN MOYANG SAYA DARI KETURUNANAN ANAK CICIT SULTAN JALILUL AHKBAR (ADIK BERADIK BONGSU ANAKNDA SULTAN SHARIF ALI DARI EMPAT BERADIK.MINTA ULASAN ATAU PENERANGAN DARI PIHAK TUAN DLM HAL INI-DARI PENGIRAN 7 SARAWAK.

      Padam
    2. JIKA INGIN MENGHUBUNGI PENGIRAN 7-NO.HP;012-8800602

      Padam
    3. Waalaikumssalam, Setau penulis, Allahyarham Engku Pengeran Anom tak ada keluarganya diluar Malaysia, nama sebenarnya ialah Engku Abdul Kader bin Engku Abdullah atau Engku Sor. Nama Engku Pengeran Anom adalah gelaran kurniaan Tuanku Al-Sultan Terengganu. Setelah beliau kembali kerahmatullah, gelaran itu dikurniakan pula kepada orang lain. Tentang pertalian dengan Serawak itu, Wallahua'lam, terima kasih.

      Padam
  2. Salam dari Engku Hassan (chan) [anak kepada AllahYarham Engku Chik Ahmad al-idrus]. Artikel "Engku Pengiran Anum" telah dibaca oleh anakndanya Dato' Engku Hashim al-Idrus dan beliau telah mengirim sedikit ulasan seperti berikut:

    Nama gelaran kebesaran yang dianugerahkan kepada Syed Abdullah bin Syed Zain, ayahanda kepada Engku Pengiran Anum, ialah Engku Besar Paduka Raja. Kelaziman orang-orang Terengganu memendekkan sebutan-sebutan, terutama nama-nama orang. Contohnya: Sulung > Long, Tengah > Ngah, Busu/Bongsu > Cu, Kecil/Kecik > Cik, Puteh > Teh, Ibrahim > Heng, Othman/Osman/Abdul Rahman > Mang, Mohammad Amin > Mat Ming, Hassan > Cang, Hashim/Hussein/Muhsein > Ceng, Ishak > Yok, Jaafar > Por, dsb.

    “Sar” (pronounced by Terengganuns as “Soar” / “sor”)adalah singkatan daripada nama Besar … bukan variasi sebutan Inggeris “Sir”

    BalasPadam
  3. pegawai daerah kuala terengganu?

    BalasPadam
  4. terima kasih atas info tentang penemuan batu bersurat oleh syed hussein al-bukhari iaitu moyang saya.dah lama saya mencari info pasal beliau.ayah saya pernah cakap beliau datang dari riau.ini kali pertama saya dengar beliau ialah pelombong emas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum sy nadiah, saya pelajar dari UIAM sedang mengkaji tentang perjalanan batu bersurat dan saya juga ingin tahu serba sedikit tentang peranan syed hussein al-bukhari dalam penemuan batu bersurat ini dengan lebih mendalam. Mungkin ada ahli keluarga awak yang boleh membantu dalam kajian saya. Feel free to contact me through this emel : biyazamri@gmail.com

      Padam
  5. Dari bacaan saya, Ada seorang lagi Engku Pengiran Anum, iaitu Engku Sayyid Muhammad Al Idrus, iaitu ayahanda kepada Tokku Paloh..

    BalasPadam
  6. Tentang Engku Pengiran Anum dalam artikel atas ni, saya pernah terbaca cerpen oleh Pak Sako. Tentang seorang peguam dari batu rakit yang menyelidik satu kes besar di singapura.

    Cerpen pak sako adalah prophetic, dan tambah pula riwayat hidupnya yang pernah tinggal di kuala terengganu. Mungkin orang yang dimaksudkan dalam cerpen tersebut adalah orang yang sama.

    BalasPadam