Selasa, 19 Julai 2011

07 ~ Abah dan Politik

POLITIK

Disekitar tahun lima puluhan, apabila PAS lahir (1951) dalam umur belasan tahun, abah mula minat menceburkan diri dalam politik, dengan seorang kawan rapat yg masih hidup sekarang Engku Muhsein Zainal Abidin, Cabang Tiga dan beberapa yg lain menubuhkan cawangan Pemuda PAS Kuala Terengganu, berpejabat di rumah Yg. Di Pertua Cawangan (Ranting) Kuala Terengganu Encik Su Dato' Amar Jalan Paya Bunga.  Aboh dan kawan-kawan berbasikal masuk kampung mencari Ahli baru. PAS yg lahir daripada pepecahan Dewan Ulamak UMNO mendapat sambutan baik dikalangan Alim Ulamak tempatan. Mesyuarat Agung penubuhan diadakan di Istana Kolam (Tapak Flat Kolam sekarang), ketika itu seingat abah Ketua PAS Negeri, Tuan Hj. Ahmad Fuad, dan Pesuruhjayanya Ustaz Ahmad Azam, kedua2-nya berasal dari Bukit Mertajam. Ahmad Azam adalah penjual Buku-Buku Ugama di Gong Kapas dan Abah selalu dan sangat rapat dengan mereka. Yang Di Pertua (Presiden) PAS Pusat ketika itu ialah Dr. Burhanuddin, juga berasal dari Perak.

1959

Dlm Pilihanraya 1959, PAS berjaya menubuhkan kerajaan di Terengganu Tapi olih kerana Yang Di Pertua PAS Negeri dan Pesuruhjayanya adalah anak Perak, seorang tokoh yg kurang dikenali dari Setiu  En. Daud Samad dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu. Malangnya olih kerana kurang berwibawa, beberapa orang tokoh ADUN PAS meninggalkan parti tersebut, antaranya ialah Tuan Hj. Wan Said dari Besut, Tuan Hj Kader (Padang Midin), Hj Shafie (Durian Guling) dan ramai lagi. Maka jatuhlah kerajaan PAS Terengganu ketika itu. Dalam pilihanraya tersebut Ki Tuan Hitam (semuga Allah cucuri rahmat keatas rohnya) pernah menjadi pencadang seorang calun di Kuala Terengganu.


UMNO

Apabila berkahwin dengan Ma awal enam puluhan. Abah tinggal dirumah Ma (103-C) yg secara kebetulan menjadi Pejabat UMNO Cawangan Cabang Tiga yang diketuai olih bapa saudara Ma, Engku Wook Abdul Rahman. Ketua Pengasas cawangan tersebut ialah Walid Engku Embong. Masih ingat lagi di ingatan, Ma marah kat Aboh ketika baru kawin kerana Aboh memakai  T-Shirt berlambang PAS, (ketika itu Bulan Bintang) dan Aboh terpaksa akur dengan keadaan itu.


KEMAS

Dalam tempoh tersebut, Kerajaan Menubuhkan Rancangan Pembangunan Luar Bandar dengan mewujudkan Rancangan Pelajaran Dewasa (Kini KEMAS) dan Aboh memohon jawatan Guru/Penyelia Dewasa/KEMAS hinggalah akhirnya Jawatan Ketua Penyelia Kanan KEMAS. Mula bertugas sebagai Guru Di Kg. Pak Bang Pasir Panjang, Tok Jamal Wakaf Mempelam, Sek. Pusat Cabang Tiga dan Pantai Cendering. Mula bertugas sebagai Penyelia di Kawasan Mercang Marang.

Ahli Parlimen Marang ketiuka itu Puan Khatijah Sidek dan ADUN Marang/Mercang UstazAhmad Kassim (Aruah), semuanya kebetulan dari  PAS.  (Tuan Guru Hj Hadi ketika itu seorang guru ugama di Rusila dan lepas itu bertugas di Yayasan Islam Trg dibawah kerajaan UMNO).

Semasa Kursus KEMAS (Bahagian Ugama) di Lembah Pantai kebetulan bersebelahan dengan Bilik Penyelia Ugama KEMAS dari Kelantan Nik Aziz Nik Mat (MB Kelantan sekarang). Aboh rapat denganya kerana abah dan dia sahaja yang tidak menghisap rokok semasa kursus. Dia ketika itu macam sekarang, sentiasa bepakaian baju melayu/berserban dan warak serta tak banyak bercakap. Kata orang kelantan, 'Orang PAS yang cuba di UMNO kan'.

Satu ketika bekas Pengarah KEMAS Perlis Encik Taib Ismail (Aruah) yg bertukar ke Trg ajak abah melawat KEMAS Perlis dan memintak Pengarahnya Encik Ali Rustam (Dato' Ketua Menteri Melaka sekarang) memandu abah, dia sangat peramah, baik hati dan menghormati tetamu, ajak aboh minum kopi di sebuah warung tepi jalan depan  Masjid Arau. Satu lagi kenangan manis dlm KEMAS semasa Pilihanraya Kecil Binjai Bukit Payong, seorang kawan lama dalam KEMAS dari Pahang yg bertugas di Ibu Pej. KEMAS KL (Dr. Phd yg abah lupa namanya) dan dilantik sebagai Setiausaha MB Pahang (ketika itu Dato' Najib) datang kerumah ajak abah jalan-jalan dalam kawasan P/Raya Kecil itu.  Bila naik keretanya Dato Najib ada bersama dan langsong berbual panjang hal politik bersama (bertiga). Abah masih ingat Dato' Najid  sangat baik, peramah dan tidak membesarkan diri sehingga kata akhirnya kpd abah,  'Kalau Syed datang ke Pahang, Singgahlah kerumah'.

Dalam UMNO juga Aboh dapat banyak bersua/berbual dengan pemimpin2 tertinggi semasa menjadi Setausaha UMNO Bahagian Hulu Terengganu (Dulu Nama Trg. Tengah) serta 4 kali menjadi Wakil Calun dlm Pilihanraya Parliman dan DUN, ALHAMDULILLAH, semuanya menang iaitu 2  Parlimen Hulu Trg (Dato Engku Mohsein) Kuala Trg Tengah/Wakaf Mempelam (Engku Wook Abdul Rahman) dan Parlimen Marang (Dato' Rahman Bakar).

UNIT PERPADUN UMMAH/SPN TERENGGANU

Dalam perjalanan politik Aboh walaupun ibarat Kapal tak sampai kepelabuhan, perahu tak sampai kepengkalan, tetapi dengan kuasa Allah, kerajaan Negeri memberi penghormatan dipengakhiran tugas Aboh  dengan melantik selama  beberapa tahun bertugas dibawah Pejabat Setiausaha Kerajaan sebagai Ahli Unit Perpaduan Ummah dan beberapa tahun Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri(SPN). Alhamdulillah, semuga Allah memberi keberkatan kpd tugas2 yng telah Abah laksanakan selama ini. ampunilah segala dosa kiranya terdapat  dlm sepanjang perkhidmatan tersebut.    

AMIN.

10 ulasan:

  1. Hebat aboh, banyok pengalaman bersama pemimpin negara.. Doh bila kita nakgi melawat pekan ni? teringin jugok nok makan ikan patin kat rumoh dato' najib..

    Paling manis kenangan bersama tok guru nik aziz, tok guru kesayangan abang har tu..

    BalasPadam
  2. YAB Najib n Nik Aziz mungkin lupa doh. tapi hakikatnya peribadi kedua2nya sungguh baik dan mesra rakyat. layak menjadi pemimpin negara.

    BalasPadam
  3. lain kali dtg kajang, k buleh try bawak solat jumaat kat masjid putrajaya, lepas tu ambik gambor dgn dato' sri.

    BalasPadam
  4. 4 kali jadi wakil calon, tak pernah kalah, satu prestasi yg membanggakan.. Kalu eli jadi bertanding tahun depan, nok mintak aboh jadi wakil calon eli buleh dok?

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Syabas atas tulisan DALAM BLOG ini yang sangat bernilai ini. Catatan begini sungguh bermakna buat generasi akan datang.
    Mohon tulis tentang sejarah Tanah Waqaf Zuriat, tempat keluarga hebat ini dibesarkan.
    Terima kasih.
    HUSNY

    BalasPadam
  7. Awal PAS, akhir PAS InsyaAllah...

    BalasPadam
  8. Abu Ali dilahirkan bukan untuk menjadi wakil rakyat, tapi hasrat Abah/Ma untuk jadi Pendididik

    BalasPadam
  9. Tanah Wakaf Zurit: Insyaallah akan tulis nanti bila pengumpulan maklumat selesai. Terima kasih.

    BalasPadam
  10. Tentang politik, tiada ulasan. sebagaimana juga mengundi, semuanya Rahsia peribadi. Hanya Allah saja yg tau.

    BalasPadam