![]() |
Arwah Walid |
Walid dilahirkan pada hari Sabtu 11 Disember 1915 di Bukit Keledang, K.Trg. Mendapat pendidikan awal mengaji Quran dengan Che Joh, bekas isteri Tok Gajah, (ayah pahlawan melayu terbilang Mat Kilau) yang ketika itu tinggal di Hulu Terengganu. Che Joh yang juga ibu tiri Mat Kilau berkahwin dengan ninda Walid (Engku Sar). Setelah tamat 2 juzuk al-Quran, Che Joh kembali ke RahmatuLLah (Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya) dan Walid menyambung pelajarannya dengan seorang guru di Kg. Banggol K.Trg. bernama Hj. Sulaiman hingga tamat.
PERSEKOLAHAN
Apabila usianya meningkat 8 tahun (1923), beliau memasuki Sek. Melayu Bukit Jambol, Sekolah Melayu Paya Bunga dan selepas itu terus sambong pelajaran ke Sekolah 'Arab Al-'Atas Johor Baharu. Pada tahun 1935 mula berkhidmat sebagai Guru Ugama di Kuala Terengganu.